Sekolah Rendah Tahfiz Sains Al-Farabi (SRTS Al-Farabi) merupakan sebuah sekolah rendah yang menggabungkan tiga kurikulum utama secara bersepadu iaitu Kurikulum Tahfiz, Kurikulum Pengajian Islam dan Kurikulum Akademik. Sekolah ini merupakan
sekolah yang berdaftar di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS)
Penubuhan SRTS Al-Farabi juga adalah sebagai satu langkah proaktif untuk mendedahkan para pelajar kepada dunia sains matematik di samping penguasaan yang baik terhadap pengajian Tahfiz dan Al-Quran. Oleh yang demikian, para
pelajar yang terhasil adalah pelajar yang bukan sahaja menguasai ilmu keduniaan, tetapi juga seorang berakhlak dan BERSAHSIAH tinggi.
SRTS Al-Farabi juga berhasrat untuk menanamkan keyakinan dalam diri murid-murid dan memberikan mereka kemahiran penting yang mereka perlukan untuk membina asas yang kukuh dalam kehidupan. Setiap murid akan mendapat keistimewaan untuk
mencari potensi diri masing-masing berdasarkan falsafah, visi dan misi sekolah.

“MELAHIRKAN TEKNOKRAT HUFFAZ”
APA KATA IBUBAPA PELAJAR
KENAPA IBUBAPA MEMILIH SEKOLAH AL-FARABI SEBAGAI PUSAT PENDIDIKAN ANAK ?
Keperluan pendidikan agama di Sekolah Rendah Tahfiz Sains Al-Farabi yang lengkap disertai dengan silibus semasa KPM
KHAMSIAH BINTI ABDUL RACHMAN
(PEKERJAAN: GURU)
Saya memilih Sekolah Rendah Tahfiz Sains Al Farabi kerana saya mahu anak saya lebih fokus dalam hafazan ,alquran dan subjek lain seiring dgn nama skolahnya tahfiz sains.
NORLELA SIAMSIR
(PEKERJAAN: THERAPIST)
sekolah ini mengajarkan bukan akademik saja tetapi banyak tentang keagamaan, ketiga banyak event2 yang boleh mengasah kemampuan anak baik akademis, motorik, dan psikomotorik anak.
Winda Mandasari
(PEKERJAAN: GURU)
Sekolah Rendah Tahfiz Sains Al-Farabi (SRTS Al-Farabi) merupakan sebuah sekolah rendah yang menggabungkan tiga kurikulum utama secara bersepadu iaitu Kurikulum Tahfiz, Kurikulum Pengajian Islam dan Kurikulum Akademik. Sekolah ini merupakan sekolah yang berdaftar di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS)
CONTACT
013-8848348 / 017-3264454
srts.alfarabi@gmail.com
Tingkat 3, No, 10, Jalan Dunlop, Bandar Tawau, Tawau, Malaysia